Memanggil semua inovator masa hadapan & pemikir lateral!

Jom sertai Bayu Hackathon yang akan berlangsung dari 29 Julai sehingga 31 Julai 2022 untuk bertemu dengan individu yang berfikiran sehaluan dan mewujudkan solusi untuk komuniti anda! Pendaftaran adalah PERCUMA .

DAFTAR SEKARANG

Mengapa Saya Harus Menyertai?

Pendaftaran adalah percuma! Penginapan dan makanan akan disediakan di Hotel Le Méridien Kota Kinabalu selama 3 hari & 2 malam.

Hadiri pameran kerjaya kami dan rebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan daripada ekosistem rangkaian kami dalam teknologi atau perniagaan.

Hadiri bengkel-bengkel kami yang direka khas untuk anda memulakan perjalanan ke dalam industri digital seperti Career Prep-101,  Pitching dan banyak lagi!

Timba pengalaman untuk bina resume; kembangkan rangkaian kenalan kerana rangkaian anda adalah nilai masa depan anda. Lakukan sesuatu untuk bina masa hadapan yang lebih cerah! Daftar sekarang!

Rebut Peluang Untuk Memenangi Hadiah Wang Tunai!

Projek Terbaik
RM3,000

Idea Terbaik
RM2,000

‘Business Pitch’ Terbaik
RM1,000

Anugerah Juri
RM1,000

Bangunkan sebuah aplikasi, permainan mudah alih, laman sesawang, bot, software atau IOT

berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) untuk cabaran-cabaran di bawah:

Pendidikan Berkualiti

Tenaga Berpatutan dan Bersih

Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi

Bandar dan Masyarakat Mampan

Kehidupan di Darat

Cabaran-cabaran

Pengurusan bencana

Pendidikan

Bekalan elektrik & kuasa

Rangkuman kewangan

Pengangkutan awam

Perdagangan haram dalam talian & pemerdagangan hidupan liar

Kriteria penyertaan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar universiti, graduan baru atau mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan;
  • Berumur antara 20–30 tahun;
  • Mempunyai latar belakang pendidikan formal ATAU tidak formal dan ciri-ciri berikut:
    • Mempunyai kemahiran teknikal (pengekodan, membina prototaip, menggunakan platform tanpa kod)
    • Mempunyai kreativiti untuk reka bentuk (untuk grafik atau UI)
    • Mempunyai pengetahuan/pengalaman dalam bidang perniagaan

Apa yang perlu disediakan?

  • Sebuah komputer riba;
  • Komitmen sepenuhnya dari anda;
  • Sikap dan minda yang POSITIF!
  • Sekiranya anda ingin mendaftar secara berkumpulan, sila sediakan 3 orang ahli kumpulan.

Agenda Acara

Proses Permohonan

Langkah 1

Daftar dan hantar CV anda serta semua dokumen sokongan (Ia boleh dalam format portfolio, sijil pencapaian, video atau lain-lain format yang berkaitan)

Langkah 2

CV dan semua dokumen sokongan anda akan disemak sebelum pemilihan calon senarai pendek

Langkah 3

Calon yang berjaya akan menerima e-mel jemputan daripada kami

Langkah 4

Pek beg anda dan sertai kami!
DAFTAR SEKARANG